Aku selalu dengar quote tentang kehidupan lebey kurang kata-kata hikmat la. Yang paling biasa aku dengar, “hidup ini adalah satu perjalanan yang panjang”  Bila aku dengar quote ni tiba2 aku rasa cam bosan je. Perjalanan? cam naik bas je. takpon cam naik flight dari Los Angeles ke KLIA; lama, bosan, kering bibir,

Then aku terdengar lagu ramli sarip, “Dunia perlumbaan”  or something like that lah. ‘Hidup adalah satu perlumbaan’. macam cool je kata2 hikmat tu.

Oleh itu aku rasa cam nak reka kata2 hikmat lah!

“Hidup ini umpama satu perlumbaan yang yang panjang. Ada banyak cara untuk mengharunginya. Berjalan ataupun berlari”

Aku pilih berlari. Now start running!

(#_#)

Peace!

Apakah itu marathon? Menurut sumber Wikipedia,

marathon is a long-distance running event with an official distance of 42.195 kilometres (26 miles and 385 yards),that is usually run as a road race. The event was instituted in commemoration of the fabled run of the Greek soldier Pheidippides, a messenger from the Battle of Marathon (the namesake of the race) to Athens.”

Marathon yang aku maksudkan disini bukanlah lari jarak jauh ataupun merentas desa, tetapi marathon TV series. Aku bukanlah seorang yang pandai berbahasa, tapi kalau hendak diterangkan lagi, ia bermaksud menonton cerita atau ‘series’ mahupun movies dalam jumlah yang banyak dan perbuatan tersebut berlarut sehingga beberapa hari.

Sekarang ini aku sedang bermarathon Stargate SG-1. Ceritanya sangat mantap. Sudah seminggu aku bermarathon dan sekarang aku sedang menghadapi cabaran untuk menghabiskan season ke-8. Aku sangat berharap semoga aku akan berjaya menonton sehingga season ke-10.

Sekarang aku sedang mempertimbangkan beberapa series yang berpotensi untuk dijadikan marathon untuk masa akan datang.

Any ideas?

Peace!