(Sempena minggu pertama buka sekolah kot…)
Sekarang ni aku hanya sekadar menghabiskan beras di dapur sambil menghabiskan masa dengan membazir masa begitu sahaja (macam redundant je). Sambil duduk rileks tu, ade la pulak kenangan lama bermain di ingatan. Macam orang tua la pulak rasanya. Kali ni aku teringat time sekolah menengah dulu. Kisah seluar sekolah.
Dulu nk tempah seluar sekolah bukannye murah. Aku just beli je seluar sekolah kat kedai kain mana2. Tetapi aku juga merupakan seorang yang mementingkan penampilan, gaya, fesyen, dan keterampilan. Takkan nak pakai seluar sekolah biase kot. Tambahan pulak, time tu budaya memakai seluar skinny semakin berleluasa maybe sebab pengaruh band2 dari barat macam The Strokes dan sebagainya malas nak sebut.
(saya nak jadi stylo macam diorang ni la!)
Punya la nak pakai seluar skinny, aku pon biasa la berkunjung ke kedai ‘alter’ seluar (jeans) yang terletak di tingkat atas Stesen Bas Kuala Terengganu. Abang aku pulak menjahit kat salah sebuah kedai kat situ. Dia biase la datang tolong kawan dia yang bukak kedai kat situ. Macam keje part-time kat situ la. Kalau time abang aku ade kat kedai boleh la aku dapat murah. Lucky me!
“Kedai awang menjadi tumpuan utamaku”
Dulu kat sekolah diorang tak bagi pakai seluar kaki besar ala-ala bootcut zaman a-go-go. Masa awal-awal pakai seluar skinny tu, cikgu tak la kesah sangat. Diorang lagi kesah ngan budak2 seluar kaki besar. Disebabkan semakin hari semakin ramai student minat pakai skinny, cikgu mula membukakan mata mereka. Tambah-tambah lagi gejala budak-budak Punk semakin berleluasa. Siap ade cikgu yang tak tahu apa-apa pegi cakap Punk ni Black Metal. Sakit kepala aku dibuatnya nk menjawab, lebih-lebih lagi ustazah2 atau cikgu2 yang dah berusia:
“Awak ni ape nak jadi la… Black Metal ni sesat tau” kata cikgu aku
“Cikgu, saye bukan Black Metal la…, ade ala-ala punk sikit je”, aku cuba menjelaskan kepada cikgu aku
“Black Metal ke… Punk ke… sume menda tu jahat, tak bawak paedah!!”, nasihat guruku
“Memang aku takde peluang nak menang”, hati kecilku bersuara
(saya bukan black metal lah!!!)
Start dengan isu budak punk campur pulak salah paham dengan isu black metal, operasi memburu si seluar skinny mulalah membuka tirainya. Aku merupakan salah seorang mangsa operasi tersebut (memang dah agak). Ntah beberapa seluar sekolah aku yang terkorban.
Bila terkantoi, jawabnya kene gunting la seluar tu, gelap la dunia. Memang boleh tengok la kegembiraan cikgu yang sedang gunting seluarku sambil di iringi gelak ketawa dan kata-kata sinis.
“Ganah ngat mung pakai sluor kaki kecik. Ooo… Jadi budok punk ye mung lening… Pakai kain batik ah mung hari ning”
(sejak bila aku budak punk oi!!!!)
Begitulah kata cikgu disiplinku sambil menghulurkan sehelai kain batik murahan kepadaku.
Time tu aku masih muda. Berjiwa remaja. Mahu memberontak. Baru kenal ape itu ‘anarchy’. Tak kira la berapa helai seluar terkorban, masih aku teruskan perjuangan. Tambahan pulak time tu aku jual burger kat hostel, so bukan setakat sehelai seluar, seguni seluar pon aku bole beli. . Duk hostel beb biase la, cari duit lebih.
Time awal-awal dulu, seluar aku memang super skinny la. Nak bukak seluar pon susah. Lama-kelamaan aku mula belajar daripada kesilapan. Aku mula membaca majalah barat. Usha2 ape yang mamat2 band omputih pakai, apa stail diorang. Tambah pula dengan ade internet, mudah la nk tau mende2 macam tu. Daripada super skinny aku mula beralih kepada ‘boderline’ skinny. Usahaku tidak sia-sia.
Berbekalkan bakat mengesan bahaya (cikgu disiplin). kepantasan, dan tipu daya, aku seringkali berjaya meloloskan diri daripada cengkaman cikgu disiplin. Setiap kali aku berjaya meloloskan diri, aku ku berkata pada hati kecilku,
“Aku memang hebat lah”
Pikir2 rasa cam best la pulak time belajar kat skolah dulu… duk hostel… lepak-lepak… xyah pikir banyak2 cam sekarang.
Nasihat aku: Pakai la ape pon yang korang suka, lantak la ape orang lain nak kata. Tell them to eat shit, simple :-)
Baru-baru ni aku ade pegi kedai repair seluar tu. Aku ade la ambik beberape keping gambar, sekadar untuk kenangan la:

Peace!