Sekarang dah masuk September, 31 Ogos telah pun berlalu. Namun semangat ‘Independence Day’ masih belum luntur. Merdeka tahun ini dirasakan seperti lebih bermakna berbanding tahun-tahun yang lalu. Di saat kita meraikan kejayaan melawan nafsu di bulan Ramadan Al-Mubarak, kita didatangi pula dengan sambutan hari kemerdekaan.

Mungkin kerana kita tidak merasai keperitan yang dirasai oleh pejuang-pejuang dahulu, orang ramai mengatakan bahawa erti kemerdekaan itu tidak sangatlah dirasai dan di hargai oleh generasi kini. Aku rasa dakwaan itu tidaklah tepat. Di saat dunia yang bergolak, perang di sana sini, pergolakan di Afghanistan, peperangan di Iraq, krisis di Afrika, penindasan di Palestine, dan berbagai bentuk huru hara yang berlaku di serata dunia menyebabkan manusia di era ini sangat menghargai kemerdekaan.

Apakah erti merdeka? Aku bukan pakar bahasa, bukan juga pakar sejarah ataupon sosiologi, apa yang aku dapat simpulkan hanyalah dalam satu perkataan iaitu ‘Kebebasan’ atau ‘freedom’.

Bila tiba saja 31 Ogos, aku sering tertanya-tanya:

“Merdekakah kita?”

“Apa erti merdeka tanpa freedom?”

“Apa erti merdeka jika hidup seperti hamba sahaya?”

Banyak lagi persoalan yang timbul, tidak larat hendakku karang.

Persoalan kemerdekaan ini begitu sensitif bagi sesetengah orang. Kita di anggap sebagai kurang ajar dan tidak mengenang budi jika persoalan ini di bangkitkan.

“Tidak merdeka lagi kan kita dengan pembangunan yang serba canggih ini?”

“Tidak merdeka lagikan kita dengan kemudahan yang wujud ini”

“Tidak merdeka lagi kah kita bila kita masih bolen makan?”

“Apakah kamu tidak bersyukur?”

Begitulah reaksi mereka. Hanya memandang kemerdekaan ini pada sudut lahiriyah semata-mata, hanyut di buai ayunan dunia. Tidakkah mereka sedar bahawa ramai lagi orang Malaysia yang masih belum menikmati pembangunan. Tak semua orang merasainya.

Aku bukan pakar kemasyarakatan, aku bukan ilmuan terulung. Aku hanya manusia yang masih tertanya-tanya dan terkapai-kapai. Aku di sini bukan untuk berpidato, bukan untuk berbahas, bukan untuk berfakta. Hanya meluahkan persoalan dari kepala ku ini.

Kita masih belum bebas sepenuhnya. Perjuangan kemerdekaan itu tidak berakhir  pada 31 Ogos 1987... silap 1957 daaa (1987 tu tahun gua lahir) Ia masih berterusan sampai hari ini. Masih banyak lagi yang perlu di merdekakan.

Fight for Freedom, Fight for Independence

Truthfully,

Bob Merley Terhebat

 -Love and Peace-

, ,

5 Responses so far.

  1. fulamak....

    merdeka?

    still wondering am i appreciating the meaning of independence? huhu

    tp yg psti, Alhamdulillah.. msh ada tmpt utk aku bebas kt dunia ni..

  2. pess taim bca post yg pnjang kt terhebt nihh..

    syukur ah kita masih lagi aman..cuma ada sikit2 goyah

  3. merdekakan diri dr dipengaruhi budaya luar :)

    KERETA PERTAMA GOOGLE

  4. Anonymous says:

    31 ogos 1987 ??? bkn 1957 ke ??

  5. @anon: 1987 tu tahun gua lahir. hahahaha

Leave a Reply