Aku sangkakan diriku ini kuat serta kental. Tidak akan tunduk menyerah apabila diuji dengan godaan-godaan duniawi. Akan tetapi, terbukti sudah bahawa aku hanya insan biasa, insan yang lemah dan mudah tunduk apabila disajikan dengan godaan dan permanianan dunia yang penuh dengan warna-warna keindahan.

Baru-baru ini, aku menyatakan bahawa aku mahu berehat selama mungkin daripada bermain permainan video Playstation 3. Namun hasrat aku hanya sampai separuh jalan. Aku tidak mampu menahan godaan teknologi yang hebat itu.

Setelah seminggu aku menyimpannya didalam ‘Box’, perasaanku menjadi tidak tentu hala. Tambah-tambah lagi dengan berita PS3 sudah berjaya di hacked baru-baru ini, makin bertambahlah keinginan untukku terjun kedunia gamerzs.

Dua hari lepas internet dirumahku seperti biskut, sekejap ada sekejap hilang. Dengan perasaan yang geram aku terus mendapatkan ‘box’ PS3, lantas mengeluarkan PS3 tersebut dan terus bermain permainan video tersebut. Game yang aku bermain adalah Final Fantasy XIII.

Sudah dua kari aku bermain Final Fantasy XIII itu. Aku hanya berhenti untuk tidur dan makan sahaja. Namun aku masih belum berjaya menghabiskannya lagi. Sudah lama game itu aku miliki, namun ini baru kali pertama aku bermain permainan tersebut. Doakan aku berjaya menghabiskannya pada pagi esok!

Oh, aku insan yang lemah!

Peace!vanille1600s(Vanille is my fav character sebab dia cute!)

P/S: orang hebat pon ade kelemahannya

, ,

3 Responses so far.

  1. De Mois says:

    Haha..ni pun kira insan yang lemah gak ke?? Iskh3..
    Cuba ini pula :
    Babak standard dalam drama

  2. ces.. ko menghangat kan montot aku utk membeli PS3.. pasni leh men online..

  3. fyna says:

    insan lemah?addooooiii..br phm...
    hehehehe...

    jom singgah n follow2 belog saya...
    http://inibelogfyna.blogspot.com/

Leave a Reply