Pada suatu hari, seekor ayam berjalan-jalan mencari makan. Cuaca pada hari itu amatlah indah. Indah seperti hari tidak mahu hujan. Ayam sangat gembira kerana beliau yakin bahawa hari ini tidak seperti semalam. Tambahan pula, Leman si kambing tua sangat yakin mengatakan ‘instinctnya ‘ mendapat tahu bahawa hari tidak akan hujan. Instinct Leman sangat la meyakinkan kerana Leman merupakan seorang ber’experience’.

Makan besar la aku hari ini. Hari tak hujan. bole la aku cari makan jauh jauh sikit. Dah naik muak aku ngan makanan kat sini. bole la aku bawak anak-anak aku kuar makan yang best2.”

Ayam merancang untuk membawa tiga ekor anaknya yang kejemuan dengan menu yang sama setiap hari kerana hujan yang turun hampir setiap waktu.

Dengan penuh keyakinan, Ayam menyusur keluar dari kawasan rumah membawa anak-anaknya yang sudah jelek dengan cacing murahan di sekitar rumah itu. Destinasi mereka adalah taman rekreasi/taman bunga yang terletak hampir 500 meter daripada reban mereka.

Heppinye mom, dah lama tak kuar makan kat luar ni”, ujur anak ayam pertama

chick … chick… chick…”, anak ketiga bersetuju

Dalam perjalanan menuju ke taman, mereka terserempak dengan Merry, seekor burung migrasi yang suka berhijrah. Nama species Merry tidaklah diketahui ayam, namun itu tidak menjadi halangan persahabatan antara dua species.

“Sudah tiga bulan aku tak nampak ekor engkau. Kemana kau pergi duhai cik Merry?”, tanya si Ayam.

Oh, aku baru pulang dari Hong Kong. Melawat saudara di sana”, jawab Merry dengan tenang.

Cik Merry tak bawak buah tangan dari Hong Kong ke?”, tanya anak kedua mengharapkan sesuatu.

“Of course ada. nah ambik ni. Makanan dari special dari Hong Kong”, kata Merry sambil memberikan 4 beranak ayam itu daging itik salai.

 Si Ayam dan anak-anaknya sungguh gembira mendapat daging itik salai. Mereka dengan rakusnya menjamah daging salai tersebut.

Dah lama aku nk makan daging itik. Aku memang menyampah ngan species itik ni. Huahuahua”, ujur Si Ayam yang selalu bertengkar dengan itik yang tinggal di sebelah rebannya.

Setelah mengucapkan selamat jalan kepada Merry, Si Ayam dan anak-anaknya meneruskan perjalanan ke taman bunga.

Sampai sahaja di taman bunga, mereka berlari berkejaran menikmati makanan yang bertaburan di atas tanah umpama pasir putih di pinggiran pantai. Taman bunga memang kaya dengan bijiran kerana pengunjung taman tersebut suka memberi makan kepada unggas-unggas yang mendiami taman tersebut.

Jeng jeng jeng….

Ketika mereka sedang enak menikmati bijiran beserta tiupan angin petang, langit tiba-tiba bertukar mendung. Awan kelabu berarak bersama tiupan angin separa kencang.

Celaka punya si kambing tua! Dia cakap hari ni tak hujan! memang nak kena dia ni!” marah si Ayam kerana ulasan cuaca yang diberikan oleh Leman si kambing tua jelas tersasar.

Mom, jom lah kita beransur pulang. Nanti kene selesema”, berkata si anak pertama khuatir akan kesihatan keluarganya.

Mereka pon bergegas bergerak pulang.

Tiba-tiba muncul seekor kucing jalanan menerjah dengan suara yang garau.

Aku lapau!”, jerit kucing tersebut sambil menerjah ke atas badan anak kedua Ayam.

Angah!” jerit Si Ayam.

Mom!”, jerit si anak kedua sambil cuba meloloskan diri.

Ngap!”, kucing jalanan itu menelan si anak kedua bulat-bulat

Si Ayam tidak mampu berbuat apa-apa. Lantas dia bersama anak-anaknya yang lain lari mennggalkan kucing jalanan tersebut dengan airmata membasahi pipi masing-masing.

You die well my son!”, jerit si ibu. Menurut adat kaum ayam, mati dimakan kucing dianggap sebagai mati seorang hero.

Belum sempat mereka menarik nafas lega, datang pula si burung helang menyambar si anak pertama ayam.

Mom! Along kene sambar!”, jerit si anak bongsu

Terus lari anakku! Jangan pandang belakang!”, jerit Si Ayam dengan hati yang luka.

Mereka pon sampai di bahu jalan. Si Ayam pom melintas jalan tanpa menoleh kanan-kiri-kanan kerana terlalu panik.

VROOOOMMMM….”, Kedengaran bunyi eksos lori mengangkut kayu balak.

Si Ayam Tersentak.

Ucu!!!”, jerit Si Ayam, namun semuanya sia-sia belaka

Anak bongsu Si Ayam sudah hancur digilis lori balak.Hanya dalam masa satu jam, si Ayam kehilangan kesemua zuriatnya. Si Ayam pon berjalan dengan hati yang luka berdarah.

Sampai sahaja di reban, si Ayam terserempak dengan tuannya, Pak Mael.

Mana anak-anak kau?”, tanya Pak Mael seumpama sudah tahu jawapannya.

………”, si Ayam membisu seribu bahasa

Pak Mael menjadi marah kerana anak-anak ayam tersebut bakal di berikan kepada cucu-cucunya yang bakal pulang pada malam tersebut sebagai haiwan peliharaan.

“Aku sembelih kau hari. Bagi makan cucu-cucu aku!”, Pak Mael berkata sambil memegang leher si Ayam.

Dengan itu tamatlah riwayat si Ayam. Umpama jatuh ditimpa tangga kemudian ditimpa baru kemudian ditimpa lori. Hanya kerana kesilapan ramalan cuaca si Leman, empat nyawa terkorban. Namun cerita ini tidak berakhir begitu sahaja.

Pada malam itu, Pak Mael menjamu keluarganya dengan kari si Ayam. Mereka makan dengan begitu khusyuknya. Mereka sangat gembira menikmati daging ayam kampung yang sungguh eksotik itu.

Keesokan harinya, Pak Mael terkejut kerana bukan sahaja dirinya, malah seluruh isi keluarganya tidak sihat tubuh. Semua orang demam. batuk dan sakit otot. Pak Mael menyangka ianya hanya kesan daripada perubahan cuaca. Maklumlah musim hujan.

Setelah tiga hari mereka masih lagi tidak sembuh. Bahkan, menjadi semakin teruk. Pak Mael menelefon hospital dan seluruh keluarganya di kejarkan ke hospital. Doktor mendapati Pak Mael dan seluruh keluarganya mendapat selsema burung. Rupa-rupanya si Ayam di jangkiti virus avian flu kerana memakan itik salai dari Hong Kong yang diberikan oleh si Merry.

Seorang demi seorang ahli keluarga Pak Mael meninggal dunia. Kini hanya Pak Mael dan cucunya yang terhencat akal sahaja berjaya diselamatkan.

+++++TAMMAT+++++

 

Pengajaran:

  • Pastikan anda melihat laporan kaji cuaca yang boleh dipercayai sebelum keluar.
  • Pandanglah kanan-kiri-kanan sebelum melintas supaya anda tidak dilanggar lori
  • Sesungguhnya malang tidak berbau

P/S: Dulu aku nk jadi penulis buku cerita kanak2 :)

, ,

5 Responses so far.

  1. awal2 aku bace igtkan moral jangan berdendam sesama binatang..rupe2nye suh tgk ramalan kaji cuaca..haha

  2. De Mois says:

    Kah3..boleh tahan gak cerita kau ni. Boleh apply kerja kat RTM. Hihi..kesian ayam 2.
    Terbaru di SuaraSendiri
    Utama : Berhadapan situasi lawak tak menjadi-Part 2
    Segmen Santai : Peribahasamu Peribahasaku-tidak terperi

  3. empangan nye dak.. kusyuk aku bace.. last gitu lak.. ces.. applause applause.. hee

  4. Azie Azra says:

    aih.rs da xhepi kalu dpt buah tgn dr hongkong.was2 da den lps ni :(

  5. xphotog: sempena musim hujan bro. kene tgk kaji cuaca sblom kuar.

    SS: Saye ambik biotech la. dah jauh tersasar

    Line: xmain la happy ending. kan kan?

    Azie: ala.. asalakn bukan itik salai. hehe

Leave a Reply