“Ringgg.. Ringgg..” dengan lantas aku bangun dari tidurku yg agak mantap. ku pandang jam loceng yang menunjukkan pukul 6 pagi. bukan selalu aku bangun awal tapi, hari ini agak berlainan daripada hari hari yg biasa aku lalui, hari ini adalah hari graduasiku. Selepas mandi, aku terus mengadap laptop aku dan meng’update’ facebook. lantas aku menulis “is graduating” pada ‘wall facebook’ku.

Jubah graduasiku masih lagi belum aku keluarkan dari plastik. selapas ku keluarkan jubah graduasiku, ku lihat jubahku berkedut seribu. alangkah bengapnya aku kerana tidak pernah aku terfikir untuk mengosok jubahku dengan ‘setarika’. lantas tanpa membuang masa ku berlari ke tingkat bawah apartmentku yg agak usang itu. Lantas aku tanya Topek yang merupakan apartment-mateku tentang ‘setarika’. Topek yg juga masih juga belum menggosok jubahnya menyatakan bahawa kami patut meminjam setarika dari rumah Narjeh. setelah penat mununggu setarika Narjeh yang tidak kesampaian itu, kami mengubah ‘option’. ‘Setarika’ Najmaun menjadi option terbaru. Selang berapa minit, setarika yang dinanti-nanti akhirnya sampai berkat kerajinan penebar roti canai RIT atau lebih dikenali sebagai Amru (bukan nama sebenar). Setelah menyetarika jubah graduasiku, aku terus berangkat ke Atrium. Setelah penat makan dan bergambar dengan professor-professorku, saat yang dinantikan akhirnya tiba. Jeng-jeng-jeng….

Kami para geraduan berjalan menuju ke arah stadium ice hockey universitiku yg sudah dikeringkan icenya dan di hias indah untuk upacara graduasi itu. Kami disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh, seperti gladiator menuju masuk ke tengah coliseum. Berbeza daripada gladiator, kami tidak berjalan menuju kemusnahan, sebaliknya kami berjalan menuju kejayaan. Setelah mendengan celoteh-celoteh yang disampaikan oleh pensyarah dan wakil pelajar yang langsung tidak ku kenali, saat menaiki pentas akhirnya tiba.

Perasaan aku agak biasa sahaja. Tiada langsung rasa gentar. Tetapi apabila aku berada 20 meters daripada pentas. Darahku mula mengalir pantas, ku dapat dengar denyutan jantungku sendiri yang berdegup kencang seperti bunyi kompang yang dipalu kencang. Tiba-tiba aku teringat kata-kata Abang Suhai,”Don’t Trip". Pesanan Abang Suhai menjadi pedomanku. Apabila sampai giliranku, kedengaran namaku dipanggil. sudah aku agak. namaku disebut salah. Apa yang dapatku buat Omputih memang menghadapi kesulitan untuk menyebut namaku. Tiba aku di pentas, aku lantas pandang ke hadapan. Namun, aku langsung tidak mendengar sebarang bunyi. Mungkin aku sedang “High” dengan keadaan ini. lantas aku terus bersalam dengan Pensyarah2 di pentas. Selepas mendapat booklet sijil yang kosonh itu, aku pun berangkat turun ke arah jurugambar. setelah gambarku di ambil, aku pun berjalan kearah tempat dudukku sambil disambut oleh pensyarah-pensyarah dari fakultiku.

Hatiku pun berbisik,”Finally, I’m here. Yatta!!”
Aku dah Grad!!! Yea!!!


P/S: Aku malas nk check ejaan. kalo ade silap. pandai2 la agak2.

,

5 Responses so far.

  1. jejaka says:

    Congrats dude!

  2. salam ziarah ke blog anda :)

    anyway, congrats on ur graduation..have a good life afterall :D

  3. thniahhh !

    aku lmbat lagi..huhhhh

  4. Domo arigatou mina-san! my heart is filled with tears of joy :)

  5. wahhh bestnyer.. congratzzzsz

Leave a Reply