Saya mempunyai ramai rakan-rakan yang boleh dikatakan gamerz. dan setelah melihat video-video on Youtube, saya semakin yakin bahawa Gamerz is not bad at all dan boleh dikatakan "COOL". Saya pon bernekad untuk menjadi seorang gamerz setelah melihat kawan-kawan saya tekun bermain Call of Duty: Modern Warfare 2. Saya pun mula mengumpul duit.

Sebelum Cuti Thanksgiving tahun lepas (November) selepas berjaya mengumpul sejumlah wang. saya pon "meng-usha" Ebay.com untuk mencari console game idaman iaitu PS3 slim. ketika itu harga PS3 sudah jatuh menjadi 299 Dollar America untuk satu biji console. Setelah penat berfikir selama dua hari saya pon menyerah kalah kepada diri sendiri dan terus membeli sebiji PS3 slim dan sebiji HDTV Samsung SyncMaster T240HD.

Selepas seminggu sabar menunggu PS3 dan TV, akhirnya datang juga encik UPS membawa PS3 dan TV saya. Game pertama yang saya beli adalah Star Wars: The Force Unleashed. Saya mengambil masa selama 3 hari untuk menghabiskan game tersebut. Setelah berjaya menghabiskan game pertama saya, saya menjadi kehausan game. Tanpa segan silu saya meminjam Game Call of Duty dari kawan saya kerana saya menjangkakan saya sudah bersedia untuk bermain game yang sedemikian. Selepas bermain beberapa minit, mata saya berputar2 dan hampir muntah. Sungguh tidak 'Cool' keadaan itu.

Disebabkan game PS3 yabg terlalu mahal, saya hanya mampu membeli 4 biji games stakat ini. Kesemua game itu keluaran 2 atau 3 tahun lepas. Mengikut statistic minggu lepas, saya hanya bermain game sekali sahaja. minggu ini masih kosong.

PENTING!!

Menjadi seorang gamerz sejati adalah sangat sukar. Banyak perkara perlu dipertimbangkan, seperti:

  • Masa. Bermain game memakan masa yang banyak.
  • Kekayaan. seseorang itu perlu memiliki duit yang banyak untuk membeli games. bukanlah seorang gamerz jika tidak memiliki games.
  • Tidak mudah pening dan muntah seperti saya.
  • Cekal. Hendaklah cekal walaupun kerapkali gagal dalam games.
  • Berani gagal. Hendaklah tidak takut untuk gagal kerana banyak perkara dapat dipelajari daripada kegagalan.
Saya tidak mampu untuk memenuhi criteria sebagai seorang gamerz. Kegagalan saya untuk menjadi seorang gamerz amatlah perit. Saya harap tulisan saya kali ini dapat memberi tips kepada anda diluar sana.

Peace.

3 Responses so far.

  1. baik leee habiskan masa treng treng treng main gitar, banyak boleh faedah tuhhh...paling menakjubkan resultnye kan...kan...kan..

  2. hahaha. my life so silly kan? saya nk jadi macam2.

  3. Kalau bukan minat kamu, wat pe gi
    paksa diri ikut orang.

    Buat apa yang kamu minat, mungkin
    sudah cukup. Tengok, da bazir da beli
    game... hehe...

Leave a Reply